Jumaat, 15 Mei 2009

Gaji permulaan berdasar mata gaji akhir

SAYA merujuk kepada laporan bertajuk gaji guru DG 41 rendah berbanding DGA 32 yang tersiar dalam ruangan ini semalam.

Kementerian Pelajaran Malaysia ingin menjelaskan bahawa penetapan gaji permulaan lantikan ke gred DG41 berdasarkan mata gaji akhir dalam gred DGA29 adalah disebabkan tarikh kenaikan pangkat ke gred DGA32 berlaku selepas dilantik sebagai PPPS DG41.

Sekiranya tarikh kenaikan pangkatnya ke gred DGA32 berlaku sebelum beliau dilantik sebagai PPPS DG41, maka mata gaji DGA32 akan diambilkira bagi menentukan gaji permulaan lantikan sebagai PPPS DG41.

Contoh:

n Tarikh naik pangkat sebelum tarikh lantikan baru

- Tarikh naik pangkat ke DGA32 pada 1 Januari 2009 dan tarikh lantikan sebagai PPPS DG41 pada 2 Januari 2009, maka mata gaji gred DGA32 akan diambil kira bagi menentukan gaji lantikan gred DG41.

n Tarikh naik pangkat selepas tarikh lantikan baru

- Tarikh naik pangkat ke DGA32 pada 1 Februari 2009, dan tarikh lantikan sebagai PPPS DG41 pada 2 Januari 2009, maka mata gaji gred DGA29 akan diambil kira bagi menentukan gaji lantikan gred DG41.

Kaedah ini adalah selaras dengan Peraturan 23, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Lantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan)2005.

Untuk makluman pegawai, urusan penetapan gaji permulaan pelantikan sebagai PPPS DG41 adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia. Pihak Suruhanjaya bolehlah dihubungi bagi tujuan ini.

RUBAAYAH OSMAN

Ketua Pegawai Perhubungan Awam,

Kementerian Pelajaran Malaysia

Utusan Malaysia Online: 15 Mei 2009

Tiada ulasan: