Khamis, 21 Mei 2009

Kuarters guru tak diselenggara

SAYA guru berkhidmat di sekitar Kuala Kangsar yang tinggal di kuarters guru, Jalan Iskandar Shah. Ia bagi memudahkan perjalanan pergi balik ke sekolah setiap hari.

Bagaimanapun, saya kecewa kerana Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar (PPDKK) tidak melakukan penyelenggaraan ke atas kuarters guru walaupun aduan dan laporan kerosakan dihantar tetapi sekadar memenuhi kotak di PPDKK.

Antara masalah dihadapi ialah sampah tidak diselenggara, lampu tangga dan koridor tidak berfungsi. Laporan kerosakan sejak 2005 tetapi sehingga kini tiada maklum balas daripada PPDKK.

Saya khuatir kerana setiap kerosakan akan dicaj kepada penghuni ketika penyerahan kembali rumah kepada PPDKK.

Mohon pihak berwajib memandang serius perkara ini.

PENGHUNI KECEWA,
Kuala Kangsar, Perak.

Berita Harian Online: 21 Mei 2009

1 ulasan:

joegrimjow berkata...

sokong guru!!!

besh lagu
hehe