Selasa, 17 Ogos 2010

Cuti Sabtu, Ahad sudah ditetapkan kementerian

2010/08/17

KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk kepada aduan ‘Norhisyam Mohamad, Kuala Kedah, dalam ruangan ini bertarikh 22 Julai lalu bertajuk ‘Tetapkan cuti Sabtu, Ahad’.

Kementerian sudah memaklumkan kepada semua agensi di bawahnya iaitu Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah berkaitan cuti Sabtu.

Makluman itu disiarkan melalui surat siaran bertarikh 5 Disember 2005 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8 tahun 2005. Surat siaran ini dikeluarkan ekoran daripada Surat Pekeliling Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia melalui Surat Pekeliling Pentadbiran 2005 dan isi kandungan surat berkenaan menyatakan bahawa:

Sabtu Minggu Pertama dan Ketiga adalah hari cuti bagi semua pekerja di agensi kerajaan mahupun agensi swasta. Sabtu minggu kedua dan keempat dibenarkan pihak agensi melaksanakan tugas mengikut keperluan.

Jelas sekali surat siaran itu tidak membenarkan kakitangan kerajaan mengadakan aktiviti atau program pada Sabtu minggu pertama dan ketiga. Pihak kementerian juga sudah mengeluarkan surat arahan kepada sekolah yang masih ingkar agar mematuhi Arahan Pekeliling Pentadbiran berkaitan cuti Sabtu yang diwartakan.

Kementerian boleh mengambil tindakan kepada pihak pengurusan sekolah sekiranya mengingkari arahan.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran

Berita Harian Online: 17 Ogos 2010

4 ulasan:

KHBH berkata...

On paper,memang la.tapi hakikatnya...

Tanpa Nama berkata...

konsep ugutan tu yang tak tahan. Itulah sebabnya KHBH kata On Paper, memang la, tapi hakikatnya ... Yang sibuk sangat ni cikgu sekolah rendah ajer ... Masing-masing nak berlawan, sekolah mana hebat. Lepas tu megah, sekolah aku 40 org dapat 5A. Itulah kejadian seminggu sebelum cuti akhir tahun.

KHBH berkata...

Penderitaan bermula selepas meeting pertama dan akan berakhir sebelum exam UPSR...sabar aje la cikgu

cikgu zul berkata...

dimana arahan atau surat pekeliling yang mengatakan sabtu minggu pertama dan minggu ke-3 cuti... pekeliling cuma mengatakan sek atau jabatan cuma berhak amik 2 kali cuti sebulan tapi tak dinyatakan bila...